Cerita Fadzlina

Selasa, Mac 19, 2024

Selamat berpuasa.

Rasa macam nak share something. Tapi hati kata jangan. Entah lah. Rasa macam ada yang tak kena. dah tidur, terbangun, lepas tu nangis pulak. Petang tadi tiba-tiba sesak dada. Tak pernah - pernah sesak dada, tetiba sesak dada. Mama cakap, susah hati. Tak tau la. Harap semua nya baik-baik saja la. 

Selamat berpuasa everyone. 

Rabu, Disember 13, 2023

An Online Letter for Future Husband

 Dear Z. N

You want to know something? May 2023, Saya pernah manifesting something with my bestfriend. Saya cakap, by the end of this year or next year, aku maw kahwin. Padahal waktu tu saya masih tak kerja. I'm still struggle. Saya tak jumpa Kunkwan pun lagi. Why manifesting? Sebab saya nampak video dalam tiktok about manifesting. Then i just chat with bestfriend sy tu.

As berjalannya waktu, saya interview banyak kerja, and then diterima di Kunkwan and start my life as Education Consultant. On November 2023, di takdirkan that you saw my post about mandarin Class. And you decide untuk belajar register. Di first chat kita, without asking your occupation, you secara tak langsung bagitau saya what is your work. I'm afraid untuk tanya, sebab saya au memang ada jenos manusia yang tak nak share pun dia berkerja sbgai apa. And saya hormat keputusan mereka yang tak nak bagitau mereka berkerja sebagai apa.

Then saya sedar satu gerakan kecil from you. I'm wondering why you cerita about your work life with me? And you keep saying, "sorry, sebenarnya saya tak biasa ni cerita about kerja dengan orang. Saya hanya ikut gerak hati cerita di sini". that gestures makes me feel like, "are you trying to flirt with me dear dr?" but honestly, saya suka dengan your work stories. Maybe sebab doctor is one of my cita-cita yang saya kubur dalam-dalam. And amybe jugak sebab saya seorag penonton setia hospital drama. I dont know. Tapi yang saya tahu memang saya suka dengar your story di hospital.

Tak lama lepas tu, you start ask me, sama ada saya pilih single or couple? Sebab waktu ada video single or couple from my company. I'm so sorry if my answer on that time mengecewakan you. I faham your question di tambah lagi dengan sebelum tu, you said, ada orang kirim salam untuk lynn. when i asked siapa yang kirim salam, you jawab, its from yourself. 

My answer on that time os I prefer single. Then you ask, ada memori hitam? I didnt answer it, because on that time, I am totally move on from my ex. I said Single much better and i did said sebab faktor usia. And saya cakap jugak waktu tu, married dah padam from my kamus hidup. I dont know why saya cakap begitu. Tapi jujur, on that moment, saya dah tak pernah terfikir untuk jumpa orang and cakap pasal kahwin. And saya jujur, saya lupa about my manifesting yang saya buat on May with my friends.

From days to weeks, we chat everyday non stop. Dari pagi sampai pagi, sampai my mom tegur, "siapa tu? student ka?" my answer that time "ya". And the feelings start to develop. Rasa bahagia makin datang. Kalau sebelum ni, saya selalu lost my phone, but now, phone sy sentiasa di tangan. 

Ermm apa lagi yang kita pernah cerita ar? 

Now we already, as today 13/12/2023, its been 35 days we know each other. And it is 13 days we official couple and 22 days since first time perkataan Bakal isteri muncul. Dalam masa 35 hari, we already talk about marriage walaupun belum dapat kata putus bila, kita dah pernah bercakap pasal how many kids do we want. 

Yes, I admit, banyak benda kita tidak ngam, but I believe, itu lah pentingnya PERHUBUNGAN. Kita kena makesure our communication sampai to each other supaya kita dapat capai kata sepakat. Jujur, everytime ada salah faham, saya akan nangis, sebab saya pemikiran saya tidak macam orang lain. Saya rasa saya paling useless between us. sebab ketidakpandaian saya, you kena buat benda yang paling you tak suka iaitu, EXPLAINING AGAIN. I used to love whatsapp, tapi bila selalu sangat salah faham, terus saya rasa, can we meet everyday. can we talk face to face everyday? 

My biggest fear in our relationship is "I BELIEVE YOU WONT LEAVE ME BUT I'M AFRAID YOU WILL" 

Trust me, I'll stay by your side even through hardest times. I want to be your home. A home that will make you feel calm and loved. I love you, Z.N


Pen on : 0238hrs
Pen off : 0423hrs

Isnin, Oktober 09, 2023

THANK YOU FOR THIS WEEK!

 3.30 pagi and aku baru siap kira berapa leads untuk minggu lepas. Total semua leads yang masuk 230 leads. Numbers yang besar tapi yang no respond pun besar. Normal la tu.

so kesimpulan untuk minggu ni is hectic week. Why hectic? Sebab aku non stop tengok fon and laptop. Kadang waktu makan pun, aku tengok fon. Sampai kan abang aku cakap "relax. kau tu manusia, orang faham kau manusia, kau kena makan, kena mandi, mw masak, ada aktiviti, relax." 

Entah lah.. aku pun tak faham kenapa sampai macam tu sekali. Mungkin sebab bad experience sebelum ni kot. Aku lambat balas chat customer, bila balas customer cakap "sokay, saya dah order dengan orang lain".Tbh, aku tak kesah and tak marah.

Btw, aku masih open untuk siapa yang nak daftar untuk belajar Mandarin dengan aku. Cumanya, sorry kalau lambat balas, tekan je sini.

Bye. 



Isnin, September 04, 2023

BENDA FREE PUN TAK NAK

NAK BELAJAR MANDARIN ONLINE? KLIK SINI UNTUK DAPATKAN FREE E-LEARNING PORTAL FOR 30 DAYS

BTW link tu bukan scam tau. Its real. Korang boleh klik and register je untuk belajar mandarin. Dalam tu korang boleh guna ASK ME ANYTHING features. So korang boleh any sentence and laoshi (cikgu) on duty akan jawab korang within 15 minutes. Not ROBOT tau.

Ada lagi yang free, Nak tau ke?

Acrually kitorang ada Amazing Mandarin Conversation (AMC). Kelas ni pun free jugak sempena bulan kemerdekaan dan hari kebangsaan. Kelas ni PERCUMA atau FREE untuk 2 jam pertama sahaja. Sesuai untuk 18 tahun ke atas. BUDAK-BUDAK TAK BOLEH JOIN. Sebab tak sesuai with syllabus.

Korang boleh klik SINI untuk register kelas atas atau bawah ni

Tapi kalau korang adalah parents yang tengah cari kelas mandarin untuk anak korang in the same time korang boleh belajar sekali, korang boleh tanya Lyna directly tau. 

Faham tak? Sebab Lyna pun tak faham apa yang Lyna nak taip sebenarnya.

Rabu, Mac 08, 2023

SCAMMER DETECTED


Post ni aku peram lebih setahun ye. Start tulis 24/2/2022. 2023 baru aku pos. Sebab aku yakin dia dah block aku. Actually aku ada je stalk dia guna another business account dekat ig, Tapi aku malas nak chat guna ig. nanti dia block lagi, bosan lah hidup aku tak boleh nak stalk dia.😝 And aku dapat tahu orang ni nak buat business baru. after setahun tak buat business kot. So korang hati-hati tau.


 This post agak panjang yee..jangan sampai juling mata membaca.


Aku akan cerita dari awal dari mana aku kenal dia, sampai lah macam mana aku boleh kena scam dengan dia. Di hujung nanti aku akan share a bit about her apa yang aku tau. 

Let's begin.


Aku kenal dia sebab Mary Kay. Aku join Mary Kay tahun 2020. So aku follow few Beauty Consultant Mary Kay and salah seorang yang dia. Aku mention dia as AA. Dalam ramai-ramai beauty consultant, si AA ni yang paling aktif share about skin sampaikan ada yang jemput dia untuk buat talk untuk skincare. Personal branding bagus sebab dia mampu tarik aku untuk tengok dia.

Bulan Februari 2021, aku nampak dalam dia punya instagram yang her small business iaitu TwoTaleScrunchies (TTS) sedang open for dropship. And since aku ni memang belum ada kerja and memang secara aktif buat online business, aku pun mau join lah Dropship TTS ni. Dengan harapan aku dapatlah cari side income seperti yang di janji kan. 

April 2021, TTS open for mini agent. Di sebabkan TTS ni based di Johor Baharu, so aku pun decide untuk jadi Mini agent untuk area Sabah.. So aku pun listkan lah product yang aku mau dan aku buat payment. Aku order semua jenis Scrunchies. Dari yang dalam set sampai yang jual by pieces.

Masih dalam April 2021, Aku ada order dari customer untuk Satin Pillowcase. Tapi customer ni order hujung bulan. Di janji kan oleh si AA ni, satin pillowcase ni masuk second batch. Lepas tu musim raya, delay lagi, masuk pulak batch 3 dan 4. Lepas 2-3 minggu (Masuk May 2021) tiada khabar, aku tanya 'Boleh dapatkan update order MM?' AA jawab, 'tengah jahit'. Aku okay lagi, and customer pun masih bertenang. Dan di sebabkan tiada khabar dari AA dan MM aku pun mendiamkan diri jugak la.

 Sampai lah di bulan August dengan alasan, maw mintak feedback, sekali aku tanya customer sudah dapat atau belum, MM cakap 'BELUM' and MM minta refund, aku pun tanya lah si AA, 'mana order si MM?' Ehh dia terkejut. AA cakap ' tak dapat lagi?' Waktu ni AA bagi alasan parcel missing dalam courier and HQ akan hantar yang baru. And aku mintak tracking number, tapi alasan AA tengah sorting order. Tapi MM ni sudah mengamuk dekat aku. So aku pun dengan rasa yang tak best, refund semula duit MM. Walau bagaimanapun, aku tetap tanya MM sama ada barang sampai atau tak. And jawapan dia 'tiada sampai'. Aku tak rasa something wrong? Mestilah rasa something wrong. Tapi masih husnuzon.

Back to my story, aku ni bukan jenis yang spam chat orang. So order aku di bulan April itu, sampai ke August. Ya August baru aku tanya balik. Jawapan si AA, 'nanti i tukar kan dengan product yang kita tengah jual sekarang'. Aku masih husnuzon. Kenapa aku masih husnuzon? Sebab waktu tu ada item yang sudah tidak di jual dan ada item yang baru. Lepas dari ini aku tak pernah tanya dah. Aku tetap ambil order macam biasa. Tapi makin lama, setiap order, makin lama ya di post out. Tapi fadzlina tetap dengan husnuzon. 

Sampai Disember 2021, dia tengah balik kampung, di Sabah. Tapi dia shopping gila-gila punya shopping. Hari-hari parcel Zalora sampai rumah dia. Beli baju, beli kasut Puma. Bulan ni, aku sudah kena cop scammer oleh few customer sebab barang dorang tak sampai-sampai. Dan untuk elak, benda lebih beruk terjadi, aku pun refund balik semua duit customer.  Sampai lah dipertengahan bulan Disember ini, masih husnuzon, dia balik ke JB kan. Ingatkan direct Sabah-JB. Rupanya bercuti lagi di Penang. Lepas tu handphone kena curi, beli fon baru pulak. baru lah sampai JB.

Bulan Januari 2022, dia update dekat instagram dia "why choose if can be both". Sebab dia tengah kerja makan gaji plus a business owner. Still aku ndak tak mintak refund. Sebab ye betul. Sebab aku masih husnuzon. 

Sampailah ada yang bising dalam group telegram, minta si AA ni untuk refund. Tapi dia membisu. Maw tau kenapa dia membisu? Sebab dia tiada dalam group tu. Henfon dia hilangkan , so dia beli henfon baru with new number. So siapa yang dalam group? Only us. Dropship-dropship yang bagi dia duit. And ada jugak few yang aku kenal as co-founder di awal-awal penubuhan company tapi tak tau status dorang sekarang.

And then hujung bulan Januari pun, after aku tau yang dia sudah refund orang-orang ini, aku pun chat lah dia, Minta refund jugak. Alasan dia, acc dia limited. And dia janji, next week tu dia akan refund. Tapi Hampeh.. sampai hari ni dia belum refund aku. Chat aku double tick tapi tidak berbalas. 

Aku dapat tau dari one of the ex co-founder, AA sewa rumah baru guna duit company, and dia memang tak nak refund duit customer yang dia tipu.  AND guess what.  Aku godek-godek la dia dalam  apps Get Contact, ada orang save nama dia TIPU JUAL TUDUNG. Maksudnya apa? Ya betul. Maksudnya dia memang sudah biasa scam orang..